Selipar Bata ‘Tun M’ Jadi Carian Hangat Selepas Tular Di Laman Sosial

TERKINI
May 18, 2018 - 12:09 PM


Selepas memagang tampuk kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang ke-7, Tun Mahathir kembali menjadi tumpuan di dalam dan luar negara.

Sebagai seorang ‘public figure’ setiap gerak geri, percakapan sehinggalah jenama selipar yang dipakai pun akan menjadi bualan ramai.

Malam semalam, sekeping gambar Tun M yang sedang duduk di kerusi dengan hanya berkaki ayam ketika menghadiri majlis makan telah tersebar di media sosial. Apa yang menjadi perhatian netizen adalah, selipar yang dipakai oleh Tun.

Dengan statusnya sebagai seorang Perdana Menteri, ternyata Tun hanya selesa memakai sandal Bata sahaja dan gara-gara selipar berkenaan, Bata kemudian memuat naik gambar selipar berkenaan dan menjelaskan bahawa produk tersebut merupakan aksesori terhangat pada Ramadhan ini.

Netizen juga turun menghujani pertanyaan di ruangan komen Bata dan Bata mengesahkan bahawa memang selipar itu adalah keluaran mereka dan rekaan berkenaan adalah rekaan empat tahun lalu.

Menurut Bata, rekaan terkini telah diperbaharui dengan dalamannya dipanggil ‘Sandak by Bata’ tapi menegaskan bahawa ianya masih selipar yang sama dipakai Tun.

Jika korang nak dapatkan selipar yang sama macam Tun, produk tu dijual pada harga Rm11.99 di semua butik Bata seluruh negara mahupun laman web.

Satu je nak pesan, dah ramai-ramai ada selipar Tun ni nanti, jangan tertukar pulak..