"Sempoi MUSE Lepak Langkawi!" - Orang Ramai Teruja, Di Sebalik Insiden Band Luar Negara

TERKINI
July 25, 2023 - 12:16 PM


Biarpun rasa marah rakyat Malaysia terhadap band 1975 masih belum reda, kehadiran band juga dari United Kingdom iaitu MUSE masih membuat rakyat Malaysia berasa sangat teruja! MUSE bakal mengadakan persembahan jelajah dunia mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini.

Akaun Muse_Malaysia baru sahaja memuatnaik video yang memaparkan band tersebut telah tiba di Malaysia bersama keluarga tersayang.

Ramai mendakwa, MUSE sedang berada di Langkawi dan mereka sedang mengambil kesempatan untuk luang masa bersama keluarga terlebih dahulu sebelum berangkat ke ibu kota. Video mereka yang sedang berada di Langkawi sedang viral di platform TikTok

Biarpun nama MUSE sudah terkenal di seluruh dunia, ramai berpendapat MUSE lebih mesra dan hormat akan budaya, peraturan yang sedia ada di Malaysia.

Destination: