Senarai Penuh Pemenang Anugerah Digital Muzik Era 2017

TERKINI
January 26, 2018 - 06:29 AM


Anugerah Digital Muzik Era 2017 (ERADMA17) telah memasuki tahun ke-2 penganjurannya dan para pemenang dipilih 100% berdasarkan undian daripada peminat melalui laman web ERA FM.

Berlangsung meriah di Galaxy Banquet Hall, ERADMA telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook Era dan dihoskan oleh Nabil Ahmad.

Anugerah ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Nabila Razali, Aiman Tino, Haqiem Rusli, Fara Hazel, Achey Khai Bahar, X-Pose Band dan penyanyi Indonesia Virgoun manakala penyampai trofi ERADMA17 ialah Radin, Amira Othman, Jaa, Caprice, Fad, Dina, Hani Fadzil, Johan, Haniff dan Ray.

 

Berikut adalah senarai anugerah dan pemenang :

 

  • Lagu Viral Era: Jampi (Hael Husaini

 

  • Temubual Terbaik Carta Era 40: Neelofa, Fatin Afeefa, Syafiq Kyle (Red Velvet).

 

  • Artis Era Jaa TV Terbaik: Wany Hasrita

 

  • Lagu Cover Terbaik Era: Luluh (Khai Bahar)

 

  • Personaliti Lari Bidang Terbaik Era: Achey

 

  • Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era: Wany Hasrita & Tajul – Di Sana Rindu, Di Sini Cinta

 

  • Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta Era: Wany Hasrita – Menahan Rindu & Ara Johari – Warkah Untukku

 

Tahniah diucapkan kepada Wany Hasrita kerana berjaya memenagi 3 daripada kategori yang dipertandingkan. 

 

Sumber : Face Book | ERA |

  |Photo Credit – FB ERA |