Stesen TV Minta Buka Niqab, Ini Luahan Fynn Jamal

TERKINI
April 20, 2018 - 12:57 PM


Fynn Jamal bukanlah satu nama yang asing di Malaysia, mula bertapak dalam dunia seni dengan puisi dan sajak secara indie, Fynn kemudiannya popular setelah lagunya 150 juta menjadi siulan.

Rajin Tri layan Juna... Photo credit - FB | Fynn Jamal

Selain itu, Fynn Jamal antara personaliti media sosial yang mempunyai pengaruhnya tersendiri di laman sosial. Bermula dengan kisah anaknya Arjuna yang menderita penyakit jantung dulu, netizen mula mengikuti perkembangan semasa dirinya sekeluarga.

Kalau korang ikut perkembangan Fynn ni, korang mesti tahu yang penyanyi berkenaan telah mengambil keputusan untuk berniqab pada tahun 2016.

Baru-baru ini, Fynn telah disuruh oleh sebuah stesen Tv untuk membuka niqabnya jika ingin tampil dalam rancangan mereka.Ternyata Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin keliru apabila terdapat stesen televisyen tidak membenarkannya muncul dengan memakai purdah atau niqab namun ada juga yang tidak melarang.

“Aku tak faham macam mana tidak konsistennya stesen TV dengan aku. Kejap boleh kejap tak boleh. Masa tak boleh tu… dia guna alasan rakyat. Aku jadi blur. Hari tu aku baru nampak orang berniqab di TV. Tak ada masalah pun?

“Dari dulu aku dah memang cakap aku tak akan buka (purdah), jadi bila aku pernah masuk TV berniqab, aku fikir dah selesai tapi sekarang kena buka balik pula. keliru!” tulisnya panjang lebar di Facebook.

Fynn tak dapat menerima alasan tidak masuk akal pihak stesen televisyen tersebut hanya kerana rakyat tidak dapat menerima wanita yang berniqab, memang tak logik! Kita di Malaysia kot.

Sampai Fynn buat 'poll' dekat FB dia nak tahu pandangan orang Malaysia tentang Niqabis.

Tambah beliau lagi, jika seseorang itu memakai pakaian mematuhi syar’ie, tidak semestinya mereka tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti yang bersesuaian.

Berniqab pun boleh bersukan hokkeyyy... Credit - FB - Fynn Jamal

Rata-rata netizen bersetuju dengan statement Fynn kali ni. walaupun ada lah sorang dua 'haters' yang kecam dia. Dengan statement yang kurang bijak. 

Bersabarlah Kak Fynn, rezeki Allah tu luas, satu tertutup, akan ada yang terbukak nanti... In Sha Allah. 

p/s: Aj minat betul lagu-lagu dia ni, wording dia sangat menusuk... Ni salah satu...

=aj=