Suami Dipenjara 9 Bulan Kerana Menjual Beras Dan Tong Gas Milik Isteri

TERKINI
November 21, 2018 - 04:52 PM


Betulah kata orang, hak milik suami adalah hak milik bersama dengan isteri, tapi kalau hak milik isteri akan jadi hak milik isteri sahaja. Terbaru kes yang berlaku di Seberang Takir, Kuala Nerus Terengganu ini menjadi bualan Netizen apabila suami dipercayai menjual tong gas dan beras si isteri dengan harga RM100. 

Disebabkan kesalahan Mohd Rizal Moharapi itu, beliau telahpun dikenakan penjara selama 9 bulan oleh  Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Memetik Sinar Harian, Mohd Rizal Moharapi, 34, mengaku bersalah mencuri satu tong gas berwarna hijau bercetak Petronas dan dua kampit beras milik isterinya, Suzilawati Ja’afar, 32, di rumah mangsa sebelum dijual di sebuah kedai runcit

Tu lah jangan buat hal dengan barang hak milik bini. Lagi-lagi kau pergi jual tong gas dan beras. Nasib kau tak gi jual tapuwere bini.

Mengikut undang-undang Malaysia Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan