Sultan Pahang Dipilih Jadi Agong Baharu

TERKINI
January 24, 2019 - 05:28 PM


Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Timbalan Yang di-Pertuan Agong pula adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Pelantikan itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu , Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada 7 Januari berkata Majlis Raja-Raja memutuskan istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong baharu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong ditetapkan pada 31 Januari ini.

Sistem penggiliran dalam kala-ngan sembilan Raja-raja Melayu kini memasuki pusingan kedua yang menyaksikan Raja-raja Melayu dari enam negeri telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.