Suri Rumah Bakal Terima 2% Daripada KWSP Suami, RM 50 Daripada Kerajaan – TPM

TERKINI
May 25, 2018 - 12:19 PM


Semenjak kerajaan baru mengambil alih pentadbiran negara, terdapat pelbagai inisiatif baru yang menjanjikan kesenangan kepada rakyat.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah mengumumkan bahawa beliau akan bertemu dengan CEO KWSP Datuk Shahril Reza untuk membincangkan tentang mekanisme serta skim yang boleh digunapakai untuk membantu golongan suri rumah.

Menurut laporan di NST, Wan Azizah mencadangkan agar suri rumah boleh menyimpan dan mempunyai akaun KWSP menggunakan gaji suami mereka. Cadangannya adalah 2 peratus daripada gaji suami akan masuk ke akaun KWSP isteri dan penambahan RM 50 daripada kerajaan.

Sekiranya suami mempunyai isteri-isteri, Wan Azizah berkata perkara tersebut turut akan diteliti supaya kesemua isteri mendapat hak masing-masing. Secara tidak langsung, mereka ini akan mempunyai duit simpanan tambahan untuk masa kecemasan.