Syed Saddiq Dilantik Sebagai Menteri Belia dan Sukan

TERKINI
July 02, 2018 - 01:28 PM


Majlis Istiadat Angkat Sumpah bagi jawatan menteri dan timbalan Menteri telah berlangsung pada pagi tadi di Istana Negara. Perlantikan pagi ini juga menandakan lengkaplah senarai jemaah Menteri yang dilantik bagi menerajui Malaysia dibawah pimpinan kerajaan baharu.

Antara jawatan yang paling dinantikan lagi-lagi kepada golongan belia adalah ‘daddy’ baru untuk menggantikan YB Khairy Jamaluddin yang boleh dikatakan ‘dekat’ dan sering membawakan isu-isu para belia semasa memegang jawatan tersebut.

Segala persoalan terjawab pagi ini dengan perlantikan Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu. Lebih menarik, perlantikan beliau mendapat ‘restu’ daripada mantan Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin yang mesra dengan panggilan ‘KJ’.

Sementara itu, akaun instagram rasmi Kementerian Belia dan Sukan turut memuat naik posting mengucapkan tahniah kepada menteri dan timbalan menteri yang baharu. 

Tahniah kami ucapkan kepada Syed Syaddiq atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru. Diharapkan perlantikan ini dapat membawa pelbagai idea dan suntikan baharu dalam kerajaan bagi meningkatkan martabat sukan dan peranan belia.

Kredit video : KiniTV

Nota kaki : Syed Saddiq adalah Menteri termuda dalam sejarah Malaysia.