Tabung Harapan Malaysia Akan Ditutup Pada Hujung Tahun

TERKINI
October 30, 2018 - 12:38 PM


Kemaskini sehingga jam 3 petang semalam (29/10/2018), Tabung Harapan Malaysia telah mengumpul sebanyak RM196,322,746.30. Seperti yang diketahui umum, jumlah ini merupakan sumbangan yang diberikan oleh individu serta organisasi bagi membantu negara menyelesaikan hutang.

Bermula pada 30 Mei, tiga minggu selepas PRU14, kerajaan Malaysia mewujudkan tabung kutipan yang ingin meringankan beban kerajaan untuk melunaskan hutang-hutang negara.

Selasa lalu, pihak kerahaan mengumumkan bahawa tabung ini akan ditutup pada hujung tahun ini iaitu 31 Disember 2018. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng selepas mesyuarat kabinet diadakan.

Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia yang ingin menyumbang lagi boleh melakukan perkara demikian selama tempoh dua bulan ini.

Tabah beliau, Jabatan Audit Negara akan mengadakan audit untuk memastikan pengurusan dana kutipan rakyat Malaysia ini dilakukan dengan penuh integriti dan mengikut undang-undang sedia ada.

Tahniah rakyat Malaysia! Oh, kalau ada yang mahu menyumbang lagi, bolehlah berbuat demikian ke :