Tahniah Hantu Kak Limah Catat 27.5 Juta Selepas 15 Hari Tayangan



Perghh filem melayu Hantu Kak Limah catat 27.5 Juta selepas 15 hari tayangan. Dalam masa 4 hari ji lebih 7 juta naik. Korang tengok berapa kali woi?

Aku dah tengok 2 hari lepas. Untuk naskah cerita ringan aku boleh katanya cerita ni berbaloi untuk tengok di pawangan, bolehlah setakat nak hilangkan stress lepas bekerja. Filem ini juga antara filem melayu terbaik untuk tontongan keluarga. 

Alhamdulillah. Syukur di atas sokongan anda semua. Setakat ini, FIlem #HantuKakLimah berjaya capai kutipan sebanyak RM27.5 Juta dalam tempoh 15 hari.

Pihak Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim tidak menjangkakan filem ini akan mencapai kejayaan luar biasa dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana mempercayai naskhah tempatan, sekali gus mengangkat HKL mampu bersaing dengan filem luar negara bagi pasaran Malaysia. Malah, HKL turut meriah diperkatakan di laman sosial oleh penonton dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang yang terhibur dengan naskhah ini. Lebih menarik, ada yang menobatkan filem ini sebagai filem hiburan sekeluarga