Tahukah Anda Tudung Polis Wanita UK Sebenarnya Direka Oleh Anak Malaysia?

TERKINI
March 05, 2019 - 05:21 PM


Siapa sangka tudung yang dipakai polis wanita muslim di United Kingdom (UK), sebenarnya direka oleh seorang wanita Malaysia!

Ya betul, tudung tersebut diilhamkan oleh Dr Eliesmaziah Alias, 45 tahun yang berasal dari Melaka.

Ibu kepada 3 orang anak itu merupakan pemegang PhD Biomaterial & Biomedical Engineering dan mempunyai jenama tudung sukan sendiri iaitu ‘MoreSlim’, malah Dr Elies juga pemilik ‘Instant Hijabs UK’.

Menceritakan tentang penglibatan beliau dalam rekaan tudung kepada pasukan keselamatan negara kuasa besar itu, Dr Elies berkata dia bertuah kerana berjumpa beberapa polis ketika satu pameran di sana.

Melihatkan pada material pakaian seragam mereka, dia berpendapat ianya tidak sesuai dan dari situlah bermula perbincangan dengan pihak atasan polis UK.

Keistimewaan tudung rekaan Dr Elies adalah daripada segi reka bentuknya, ciri-ciri keselamatan dan paling penting tentang komposisi fabriknya yang direka khas mendapat pengesahan antarabangsa seperti ISO (International Organization for Standardization); EN (European Standard) dan AATCC (American Association of Textile Chemists and Colorists).

Malah, ia sangat selesa dipakai untuk tempoh masa panjang atau dalam keadaan tertekan.

Tudung rekaan Dr Elies sudah dipakai polis UK sejak Oktober tahun lalu dan sebulan kemudian dia diminta pula untuk mereka tudung bagi pasukan unit taktikal.

Korang jangan tak tahu rekaan tudung Dr Elies sekarang macam pisang goreng panas, sampaikan bomba wanita Muslim UK pun katanya nak dapatkan khidmat beliau.

Terbaiklah, Dr Elies!

Sumber: Instagram Instant Hijabs UK