"Tak Boleh Bawa Bincang Mahal Dia!" - Kecoh Isu Jual Tumbler Starbucks x BLACKPINK Harga Kayangan

TERKINI
July 28, 2023 - 12:44 PM


Kecoh sekarang ini dengan tumbler baru keluaran daripada Starbucks yang berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK

Kolaborasi ini ternyata telah mendapat minat ramai sehingga ada yang sanggup beratur seawal pagi untuk mendapatkan koleksi berkenaan.

Ramai yang berkongsi kegembiraan mereka selepas mendapatkannya. Namun, ada yang sedih kerana gagal untuk memilikinya.

Baru-baru ini viral pula di Twitter apabila ada individu yang menjual semula tumbler tersebut dengan harga kayangan telah mendapat kecaman ramai.

Menerusi ciapan tersebut, dapat dilihat tangkap layar seorang individu yang menjual kembali tumbler koleksi berkenaan dengan harga RM899.

Malah, harga yang ditawarkan memang tidak masuk akal dan jauh lebih mahal daripada harga di pasaran.

"Saya personal shopper, saya da extra 2 pickup Puchong," tulis peniaga itu

Satu lagi tangkap layar dikongsikan oleh netizen ialah seorang individu turut menjual tumbler berkenaan kali ini dengan harga yang lebih mahal iaitu RM1,500.

"One and only Blackpink Rhinestone. Only 532 in Malaysia. Non-negotiable," ujar peniaga berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam harga tersebut dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Sumber: says.com

Destination: