Tak Pernah Dibuat Orang Kahwin Guna Brokoli & Lego, Pengantin Ni Memang WIN!



Kalau korang tengok pasangan suami isteri yang baru menjalani akad nikah ini macam pengantin normal yang lain, kan...

Tapi cuba korang perhati elok-elok and ‘zoom-in’ sikit dekat bahagian tangan pengantin perempuan tu..apa korang nampak?

Sayur ke bunga?

Ya...akak pengantin ni memang WIN sebab dia berani pegang sayur Brokoli selamba jadikan bunga pegang. Hahahaha....

Tapi korang jangan tak tahu, encik suami dia pun tak kalah juga uolss…ce korang belek-belek kat butang baju Melayu dia tu.

Korang nampak butang baju ke nampak Lego?

Aduhai sakit perut...hahaha

Kisah pengantin yang memang berani mati ni dah heboh kat Twitter bila jurugambar yang ambil gambar dorang nikah post kat akaun dia.

Ramai netizen yang terhibur dan senak perut tahan gelak.

Tak kurang juga netizen yang kreatif duk cadang ‘idea bernas’ lain sebagai bunga pegang macam Bunga Kantan dan Kaktus.

Adehhh…korang ni memang lawak la! HAHAHAHA….