Tak Tahu Mana Satu Video Palsu? Ini Jawapan Youtube…

TERKINI
March 19, 2018 - 10:35 AM


Dengan adanya kemudahan internet, sesiapa sahaja boleh menyebarkan apa sahaja bentuk maklumat kepada seluruh dunia melalui pelbagai platform yang ada seperti media sosial dan blog.

Selain menjadi salah satu laman web video paling popular, Youtube juga merupakan medium yang sering digunakan untuk mendapat dan juga menerima sebarang maklumat. Sebut sahaja korang mahukan video macam mana, Youtube pasti ada. Baik dari tutorial, diy, lirik lagu, mahupun berita.

Namun, ada juga yang menggunakan medium ini untuk menyebarkan perkara-perkara yang negatif dan tidak kurang juga yang menyebarkan khabar angin dan berita palsu!

Sedar tentang perkara-perkara macam ini, Youtube ambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Wikipedia untuk kurangkan pengisian ataupun video palsu ini. Selain Wikipedia, Youtube juga dikatakan akan memaparkan artikel dan teks daripada perisian pihak ketiga yang lain untuk tujuan ini.

Langkah ini sangat wajar dibuat oleh Youtube disebabkan mereka sering dikritik berkaitan penyebaran video-video palsu. Selain kerjasama ini, Youtube bersedia untuk menambah ‘team’ mereka untuk memantau setiap video yang dimuat naik ke medium berkenaan.

Pada Aj, bagus jugak tindakan diorang ni, sebabnya banyak sangat video-video mengarut yang ada dekat youtube tu. Itu belum masuk video ‘dewasa’ yang terlepas.

-aj-