Tangguh Perjalanan Ke India Dan Pakistan Sementara Waktu – Wisma Putra

TERKINI
February 28, 2019 - 02:35 PM


Semalam, dunia dikejutkan dengan berita pesawat pejuang India ditembak jatuh oleh Pakistan di kawasan gencatan senjata, Kashmir.

Susulan ketegangan konflik antara kedua negara berkenaan, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke India atau Pakistan untuk menangguhkan perjalanan ke dua negara tersebut buat sementara waktu.

Selain Wisma Putra, syarikat penerbangan Air Asia juga mengeluarkan amaran perjalanan ke laluan Utara India dan pesawat yang melalui ruang udara tersebut diletakkan dalam pemantauan ketat. Dilaporkan, India Airlines juga telah menghentikan penerbangan di laluan bandar utama Utara India.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang terperangkap atau memerlukan bantuan supaya menghubungi terus Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi melalui talian +911124159300 atau +919319150306 (selepas waktu pejabat) manakala talian Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad pada talian +95212072900 atau +923000808549 (selepas waktu pejabat).