Tanpa Cina Orang Melayu Berbahasa Thai Dan Beragama Hindu?

TERKINI
June 04, 2018 - 12:43 PM


Dua tiga hari ini timbul kes peguam negara tidak boleh dari mereka yang berbangsa Cina, dan isu UITM pula makin hebat di perkatakan supaya dikekalkan untuk mereka yang berstatus bumiputera sahaja. Jadi perlbagai spekulasi di media sosial tentang isu ini.

Admin tertarik dengan penjelasan salah seorang netizen (@thepatriotasia) yang memberi pendapat tentang kenyataan Jason Ng..

Sebenarnya Majapahit pada masa tu dah melemah, dan diaorang nak elak jadi mangsa penaklukan Melaka sampai bagi dua tiga tanah jajahan free. Jadi tak timbul isu China membantu Melaka dari dijajah kerana tidak ada pertembungan dua empayar ini.

Ya. Melaka memang mempunyai hubungan perdangan dengan China. Tetapi ketika serangan Siam ke atas Melaka sebanyak tiga kali dalam sejarah, dua daripadanya dihadapi oleh Melaka dan sebuah lagi serangan mencatatkan Siam terkandas di Kelantan.

Pertempuran terkenal yang berlaku adalah antara Melaka dan Siam di mana Tun Perak berjaya menggunakan helah akalnya meletakkan unggun api pada pokok balak, memberi gambaran tentera Melaka terlalu ramai lantas buat Siam berundur semula.

Kemudian, pada 1490 di mana ketika Siam mahu menyerang Melaka dengan memasuki dari Kelantan, lantas 500 tentera Militia Melayu Kelantan berjaya mengalahkan 20, 000 orang tentera Siam dalam serangan mengejut yang dicatatkan oleh de Barros dari Portugis.

Siam pernah cuba untuk menawan Melaka pada kali seterusnya, namun gagal apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis. Itupun selepas kejatuhan Melaka pada Portugis, barulah Dinasti Ming terlibat dengan konflik ketenteraan dengan Portugis kerana tidak bersetuju dgn Penaklukan Melaka.

Selebihnya dalam sejarah, orang Melayu yang menghadapi Siam seorang diri, dan hari ini terdapat negeri-negeri Melayu di bawah Thai, orang Melayu tetap gigih mengekalkan identiti Islam dan Melayu mereka.

Negeri-negeri Utara dan Pantai Timur kita pernah juga berada di bawah naungan Siam, tetapi tidak pernah pula saya lihat orang Melayu di sana berbahasa Thai atau menukar agamanya.

Fakta menarik, Siam bukan beragama Hindu, tetapi Buddha. Jadi, mengatakan orang Melayu akan beragama Hindu ialah fakta yang paling mengarut dalam membahaskan sejarah Melayu dan Asia Tenggara.

Ehtah kenapa isu ini makin lama makin panjang. Bagi aku benda ni tak perlu dijadikan isu pun sebab majoriti melayu, cina dan india tak ada masalah pun hidup bersama. Yang jadi masalah adalah segelintir mereka yang suka memberi provokasi untuk melaga-lagakan rakyat Malaysia....