Tanpa Mengira Warna Kulit, Wanita Ini Dipuji Netizen Bantu Mangsa Kemalangan Tepi Jalan

TERKINI
March 04, 2019 - 05:52 PM


Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap bertolak-ansur dan saling bantu-membantu tanpa mengira warna kulit, agama, keturunan atau latarbelakang seseorang.

Semalam satu lagi kisah ketulusan hati rakyat Malaysia tular di media sosial selepas dikongsi Mohd Farouk di Facebook.

Menurutnya, sebuah kemalangan motosikal berlaku di Jalan Loke Yew, di ibu negara menghala ke pusat beli-belah VIVA Home apabila penunggangnya seorang lelaki Melayu terbabas sendiri ke bahu jalan.

Akibatnya, mangsa mengalami pendarahan yang agak parah di kepala dan tangannya.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, tiba-tiba muncul seorang wanita berbangsa Cina yang dipercayai dari Selayang, Selangor datang membawa sebuah beg galas hitam dan terus menghulurkan bantuan kecemasan.

Ketelitian dan kecekapan wanita tersebut merawat mangsa kemalangan itu sebelum ambulans tiba, nyata mendapat pujian ramai netizen daripada pelbagai bangsa. 

Sumber: Mohd Farouk