Tarikh Cuti Panjang Bulan Februari – Ada 10 Hari Cuti Kalau Pandai Merancang

TERKINI
January 15, 2019 - 04:41 PM


Negara kita sememangnya ‘terkenal’ dengan hari cuti paling banyak. Ada yang tidak bersetuju kerana secara tak langsung ia merencatkan perancangan dan mengganggu urusan perniagaan, pekerjaan dan sebagainya.

Tapi, ada yang bersetuju sebab waktu inilah nak bawak keluarga bercuti, balik kampung dan sebagainya.

Walaupun ada sebaran Whatsapp mengenai cuti pelepasan am pada 31 Januari, namun berita tersebut adalah tidak benar.

Kalau korang nak merancang percutian, ini tarikh-tarikh yang korang boleh pilih. Kalau bekerja di Wilayah Persekutuan, dapat lebih kurang 10 hari, kalau korang ambil cuti. Alah, pepandai lah korang rancang.

 

Ini tarikh cuti panjang bulan Februari nanti :

1 Feb — Cuti Umum Hari Wilayah Persekutuan (yang kerja KL, Labuan dan Putrajaya sahaja)

2 Feb — Sabtu

3 Feb — Ahad

4 Feb — Isnin*

5 Feb — Cuti Umum Sempena Tahun Baru Cina

6 Feb — Cuti Umum Sempena Tahun Baru Cina

7 Feb — Khamis*

8 Feb — Jumaat*

9 Feb — Sabtu

10 Feb — Ahad

4, 7 dan 8 tu hari bekerja, tapi kalau korang apply cuti, dapatlah cuti direct 10 hari. Apa-apa pun, kalau kerja korang ni melibatkan orang lain, siapkan dulu sebelum bercuti ye… Jangan menyusahkan orang lain pulak nanti…

Selamat bercuti!