"Terpaling Lambo!" - Polis Sita 5 Lamborghini Viral Dipandu Secara Berbahaya

TERKINI
July 31, 2023 - 04:22 PM


Kelmarin, viral satu video yang memaparkan beberapa buah Lamborghini yang dipandu dengan cukup berbahaya. Tidak menunggu lama, pihak polis telah menyita lima Lamborghini yang dipandu secara berbahaya di Lebuh Raya Senai-Desaru, Kota Tinggi.

@worldofbuzz Weird Flex Bro 🥴 #fyp #viral #fypシ #malaysiantiktok #roadrage #lambo #highway #takrilek #johor #johordarultakzim #jdt ♬ original sound - WORLD OF BUZZ

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya juga sudah membuka kertas siasatan terhadap lima pemandu kereta mewah berkenaan.

"Kita telah membuka satu kertas siasatan atas kes itu dan ia akan dilengkapkan dalam masa terdekat.

"Hasil ujian saringan awal air kencing kesemua pemandu terbabit adalah negatif bahan terlarang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Beliau mengulas penularan rakaman video berdurasi 71 saat yang memaparkan beberapa kereta Lamborghini dipercayai berkonvoi, memotong laluan secara berbahaya di lebuh raya berkenaan.

Kamarul Zaman sekali gus menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang dan berhemah ketika menggunakan kemudahan awam itu.

"Kita mengalu-alukan kehadiran sesiapa saja yang ingin bercuti dan sebagainya di negeri ini, namun perlulah berdisiplin dan mengikut peraturan.

"Jalan raya dan kenderaan kini ada kamera litar tertutup, jadi berhati-hatilah. Pengguna jalan raya yang melakukan perkara tidak elok... andai dirakam dan ditularkan, ia akan menyebabkan anda diambil tindakan. Oleh itu, berhati-hati," katanya.

Destination: