Tiada Lagi Kutipan Tol Salak Expressway, Lebuhraya KL-Seremban

TERKINI
June 01, 2018 - 11:10 AM


Berkuatkuasa jam 12 pagi tadi, kutipan bayaran tol di sepanjang Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan juga Salak Expressway telah ditamatkan.

Menurut ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), penutupan tol-tol berkenaan akan memberikan manfaat kepada lebih daripada 120,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.

Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya Utara-Selatan yang dilalui sahaja.

Kadar kutipan baharu ini boleh didapati menerusi laman web PLUS ataupun aplikasi PLUS Mobile Apps.

Namun begitu, semua pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan serta papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan trafik adalah lancar.

 

P/s : tol takde, jangan bawak laju ye.. Jadi camni kang...