Tonton Trailer Rasmi Polis Evo 2



Sekuel filem yang paling dinanti-nantikan Polis Evo 2 akhirnya telah dipertontonkan. Setelah sekian lama khabar yang mengatakan Polis Evo aka nada sambungan, memang semua peminat filem tanah air dah teruja dan semestinya tak sabar untuk menantikan filem kedua.

Semalam, satu trailer rasmi Polis Evo 2 telah dimuat naik di laman Youtube Astro Shaw dan ternyata 2 minit tersebut dah menunjukkan yang Polis Evo 2 nanti bakal memecahkan rekod kutipan filem yang ada sebelum ini.

Dengar cerita, misi Inspektor Khai dan Inspektor Sani kali ni lebih rumit dan mencabar. Tambah pulak dengan adanya beberapa muka baru terutamanya Raline Shah.

Kita sedia maklum yang Raline Shah ni popular dengan filem seperti Syurga Yang Tak Dirindukan, dan mungkin ini strategi untuk menembusi pasaran Indonesia.

Apa-apa pun, sebelum filem Polis Evo 2 yang bakal ditayangkan pada 22 November nanti, kita saksikan dulu trailer rasmi filem Polis Evo 2 ni…