Tony Fernandes Umum Penerbangan Khas Untuk Penyokong Harimau Malaya Di Bangkok

TERKINI
November 29, 2018 - 10:53 AM


Beberapa hari lepas, sebenarnya sejak Malaysia lolos ke pusingan separuh akhir, ramai yang mula banjiri akaun twitter bos syarikat penerbangan Air Asia iaitu Tan Sri Tony Fernandes.

Ramai yang mula bertanyakan adakah pihak Air Asia akan mengadakan penerbangan khas ke Bangkok terutamanya kepada penyokong yang ingin menyokong pasukan kebangsaaan dalam saingan Separuh Akhir di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 5 Disember nanti.

Ini antara poster yang di keluarkan oleh @UltrasTranung

Berita baik buat semua, hari ini, Tan Sri Tony telah mengumumkan dalam akaun twitternya @tonyfernandes yang aka nada penerbangan catar ke Bangkok untuk membawa penyokong-penyokong Harimau Malaya.

Walaubagaimanapun, maklumat lanjut berkenaan penerbangan catar ke Bangkok tersebut masih belum didedahkan sepenuhnya. Mungkin dalam masa beberapa hari lagi.

Apa-apa pun, kami akan update mengenai penerbangan khas ke Bangkok untuk penyokong Malaysia ke Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand.

Nak jugak tengok Ultras Malaya ramai-ramai ke sana. Dengar cerita sekarang ni kurang-kurang ada 5 biji bas dari Selangor, ada dari Terengganu, ada Perlis... Semua dah sedia nak #TaklukRajamangala