'Traffic Light' Atas Lantai Untuk Mereka 'Addicted' Dengan Smartphone Semasa Berjalan

TERKINI
November 07, 2017 - 10:55 AM


Telefon pintar atau lebih dikenali sebagai smartphone telah menjadi satu kepentingan dalam kehidupan seharian bagi setiap individu.

 

Namun, penggunaan smartphone secara ‘berlebihan’ oleh pejalan kaki di jalan raya bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah ia turut mengundang bahaya kepada pemandu-pemandu berdekatan yang lain. Trend ini semakin membimbangkan.

 

 

Kebanyakan pejalan kaki yang terlalu fokus menggunakan smartphone tanpa menghiraukan keadaan sekeliling amat merbahaya terutamanya ketika melintas jalan. Kedudukan lampu isyarat yang tinggi menambahkan lagi peratusan berlakunya kecelakaan. Ini kerana mata mereka hanya tertumpu pada skrin hingga tidak perasan lampu isyarat merah untuk melintas.

 

 

Oleh itu, sebuah bandar di Belanda yang dikenali sebagai Bodegraven telah mengambil satu inisiatif bagi membendung masalah ini. Satu garisan lampu LED telah dipasang di atas jalan di bahagian pejalan kaki dan fungsinya diselarikan dengan lampu isyarat biasa.

 

Sekiranya lampu isyarat bertukar merah, lampu LED tersebut juga akan bertukar kepada warna yang sama. Ia diletakkan di garisan lintas di kawasan pejalan kaki bagi memudahkan pejalan kaki melihat isyarat lalu lintas walaupun mata mereka tertumpu pada skrin telefon masing-masing.

 

Menarik, kan? Mungkin idea ini boleh ditiru dan diaplikasikan di negara-negara lain pulak lepas ni.

 

Sumber: www.huffingtonpost.com