Tragedi Tanah Runtuh Di Pulau Pinang, 11 Mangsa Tertimbus Telah Ditemui...



Tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada hari Sabtu yang lalu telah mengejutkan ramai pihak.


Credit : The Star

Susulan tragedi tersebut, 11 orang mangsa dikatakan telah tertimbus dibawah runtuhan tersebut. Kesemua mangsa dikatakan pekerja pembinaan yang sedang melakukan kerja mengikat konkrit ketika runtuhan tanah terjadi.

Kesemuanya terperangkap dalam runtuhan terbabit. Semenjak Sabtu, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah dikerahkan bagi membantu operasi SAR mangsa.


Credit : The Star

Terkini, mangsa ke 10, dan ke 11 dikatakan telah ditemui pada 7.03 pagi tadi, manakala mangsa terakhir 10 minit berselang.

 

Sumber | The Star Online