Tular! Restoran Cabar Pelanggan Makan Tarantula

TERKINI
April 17, 2018 - 10:15 AM


Kalau anda ada araknofobia atau ketakutan pada labah-labah, anda boleh skip cerita ini.

Memang tak masuk akal tapi ini yang terjadi di Durham, North Carolina. Sebuah pengusaha restoran disana menghidangkan haiwan yang digeruni sebagai ‘pelaris’.

Restoran Bull City Burger and Brewery tersebut dikatakan menyediakan  ‘burger tarantula’ kepada pelanggan mereka.

Namun ia bukanlah menu suka-suka kerana apa yang ditawarkan restoran terbabit adalah bersempena dengan Bulan Daging Eksotik dan cara untuk para pelanggan menikmati burger ‘istimewa’ tersebut dengan menyertai dan memenangi Cabaran Tarantula.

Antara tweet restoran tentang pelanggan yang telah cuba burger pelik ni...

Burger eksotik tersebut menelan kos $30 USD (RM116) untuk dihasilkan dan selain mempunyai tarantula panggang, ia juga disertakan dengan daging lembu, keju dan sos cili pedas.

Jika pelanggan mampu menghabiskan burger berkenaan, mereka akan membawa pulang sehelai t-shirt percuma.

Sebenarnya, selain Tarantula, antara menu eksotik yang mereka akan sajikan menurut laman web mereka adalah ular sawa, buaya, babi hutan dan banyak lagi lah sepanjang bulan ni.

 

Pelik-pelik je lah diorang ni... Geli-geleman pulak tekak...