Udara Segar Pun Nak Dijadikan Bisnes, Kapitalis Betul!



Ini bukan cobaan, ini betul-betul. Ini bukan prank atau strategi pemasaran, tapi ia adalah produk sebenar. Udara segar New Zealand kini boleh DIBELI dan ianya dijual dalam bentuk tin!

Siapa sangka, udara; satu anugerah yang tak ternilai kini boleh dibeli. Bukan sebarangg udara, tapi ianya udara segar dari pergunungan New Zealand. Tapi, jangan terkejut bila lihat tanda harga atau berapa yang korang kena bayar untuk hirup udara segar ni.

Perkara ini bukan mustahil lagi hari ini apabila sebuah firma dari New Zealand, Kiwiana telah menghasilkan sebuah inovasi untuk mengetin udara segar yang berkualiti tinggi tanpa sebarang toksik berbahaya dan ianya dijamin selamat.

Bukan sebarang udara, menurut mereka, udara ini diambil di pergunungan New Zealand dan ianya sudah tentulah udara yang segar. Dengan menggunakan teknologi pemampatan bersih, udara gred perubatan ini dikumpulkan di New Zealand kemudia ia disejukkan sebelum ditapis dan diuji.

Bukan takat udara, tin yang digunakan juga mendapat kelulusan daripada FDA dan tiada plumbum. Produk ini boleh didapati dalam tin 5 liter dan kurang lebih 130 hingga 140 hirupan udara bersih terkandung dalam satu tin.

Jom tengok proses bagaimana udara ini diambil :

Tak pasti sama ada sudah ada dipasaran Malaysia atau tidak, tetapi dikatakan udara segar dalam tin ini telah dipasarkan ke seluruh dunia dan dalam satu laporan Daily Mail, harga untuk 4 tin pek jimat dijual dengan harga $98.99 (RM 415) di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland.

Manakala untuk satu tin 5 liter dijual pada $35 (RM145).

Nampaknya, lepas ni gurauan ‘nanti bawak balik udara segar’ dah tak valid lah. Sebab kawan-kawan korang boleh bawak balik udara segar dari New Zealand selepas ini. Tak pun, beli je online.

p.s : Salji taknak jual? Hehehe…