Uptown Danau Kota Akan Dipindahkan Ke Jalan Genting Klang



Uptown Danau Kota sememangnya ‘lubuk’ untuk mencari barangan yang sinonim dengan warga Kuala Lumpur dan Selangor. Sebut sahaja apa barangan yang diinginkan, ando boleh temui di uptown. Daripada aksesori kereta, pakaian, sehinggakan haiwan perliharaan pun ada.

Terbaru, peniaga Uptown Danau Kota, Setapak ini dikhabarkan akan dipindah ke lokasi baru untuk menyelesaikan masalah yang ada di kawasan tersebut iaitu halangan lalu lintas dan kesesakan di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, pihak berwajib (DBKL) telah memutuskan untuk menyediakan kawasan perniagaan yang lebih selesa dan kondusif. Lokasi yang dicadangkan adalah bersebelahan JPJ Wangsa Maju sebagai tapak kekal operasi peniaga-peniaga terbabit.

Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, projek pembinaan di lokasi baharu dijangka mengambil masa dua tahun enam bulan sekurang-kurangnya. Buat masa ini, peniaga akan ditempatkan di tapak sementara di Taman Setapak Indah dalam masa enam bulan lagi atau selepas bulan Ramadhan nanti.

Apa yang positif daripada perpindahan ini nanti ialah, tiada lagi ekploitasi penganjur kepada peniaga dan tapak akan disusun semula. Penganjur sebelum ini dikhabarkan mengutip sewa antara RM1,000 hingga RM3,000 pada bulan Ramadhan.

Sumber : Sinar Harian