[VIDEO] "Alahai Kesiannya Dia" - Bayi Lelaki Ditinggal Dalam Kotak Di Luar Pusat Tahfiz Terengganu

TERKINI
August 29, 2023 - 05:02 PM


Seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemukan di atas wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz dekat Kampung Batu Tumbuh, di Jertih, Terengganu pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, bayi itu ditemukan orang awam yang sedang mengecat pusat tahfiz berkenaan pada pukul 8 pagi.

"Semasa lelaki itu melakukan kerja-kerja mengecat di dalam pusat tahfiz berkenaan, dia terdengar jeritan suara bayi. Pengadu kemudiannya mengikuti suara dan terjumpa bayi lelaki yang berbungkus dengan kain merah diletakkan di dalam bekas plastik juga berwarna merah di wakaf luar pagar pusat tahfiz.

"Pengadu terus menghubungi balai polis. Pengadu juga mengatakan tidak nampak sesiapa yang meletakkan bayi itu,” katanya dalam satu kenyataan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Menurut beliau, bayi seberat 2.6 kilogram yang dalam keadaan cukup sifat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh sekitar 48 jam.

"Bangsa tidak dapat dipastikan, dan semasa diterima tali pusat bayi masih belum di potong. Ia hanya disimpulkan serta terdapat jangkitan kuman pada tali pusat bayi itu,” katanya yang turut memberitahu bahawa bayi itu sudah dibawa ke Hospital Besut, Besut.

Abdul Rozak, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Izzati Arina Zahari dengan menelefon 09-695 9999.

Sumber: Bernama

Destination: