[VIDEO] "Alamak Bapak Dia Balas Balik" - Viral Video Bapa Mangsa Dera Serang Pengasuh

TERKINI
August 10, 2023 - 05:15 PM


Sebelum ini viral satu klip video yang memeranjatkan netizen. Klip video yang memaparkan seorang pengasuh yang bertindak memukul dan menyepak seorang kanak-kanak.

Kini, viral pula satu klip video CCTV yang memaparkan bapa kepada mangsa dera tersebut datang menyerang si pelaku dengan cukup kasar. 

Tidak menunggu lama, pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Luyang terus membuat laporan polis selepas mendakwa dikasari bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang didera pengasuh terbabit. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya setakat ini, menerima tiga laporan polis mengenai kejadian itu.

Katanya, laporan polis itu daripada ibu mangsa, pengusaha taska dan pengasuh taska (suspek) yang mendakwa dikasari oleh bapa kanak-kanak terbabit.

"Mangsa kanak-kanak dan suspek dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk pemeriksaan doktor.

"Setakat ini, dua kertas siasatan dibuka iaitu mengikuti Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan" katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Destination: