[VIDEO] Beli Burger McD, Tapi Dapat Duit Tunai RM2.1 Juta Dalam Plastik!

TERKINI
January 19, 2023 - 01:04 PM


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu.

Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan keadaan seorang lelaki yang memperoleh durian runtuh ketika membeli makanan di kedai makanan segera, McDonald's.

Kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat itu amat mengejutkan banyak pihak -- lebih-lebih apabila individu terbabit memuat naik video dirinya bersama sejumlah wang tunai kira-kira AS$500,000 (RM2.1 juta) yang diletakkan di dalam beg plastik.

Dikenali sebagai dookiedoeboy di TikTok, lelaki itu mempersoalkan tindakan kakitangan kedai makanan segera terbabit yang memberinya wang tunai berkenaan.

@dookiedoeboy #fyp #mcdonalds #deposit #dogoodthings ♬ original sound - Josiah Vargas

"Mengapa anda lakukan ini kepada saya? Tahukah anda betapa saya memerlukan wang ini. Mengapakah anda meletakkan saya di situasi begini?

"Saya memilih untuk memulangkan semula wang ini kerana saya seorang manusia yang baik," katanya.

Setelah memulangkan semula wang berkenaan, lelaki terbabit mendapat hadiah saguhati sebanyak AS$200 (RM862) dan makanan percuma selama sebulan di McDonald's.

Setelah video tersebut tular, lelaki terbabit mendapat pujian daripada orang ramai dan mengatakan dirinya seorang yang jujur.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan mesej positif kepada saya. Tidak sangka akan jadi begini dan ini sesuatu yang mengujutkan kepada saya," jelasnya.

Sementara itu, pihak McDonald's bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimanakah pekerja mereka boleh meletakkan wang terbabit di dalam beg pesanan lelaki berkenaan.

Sumber: Agensi

Destination: