[VIDEO] Budak Tercampak Keluar Dari Kereta, Parents Pleaselah Alert!

TERKINI
October 18, 2023 - 02:09 PM


Baru-baru ini, telah tular satu video yang menunjukkan kejadian cemas di mana seorang kanak-kanak didapati tercampak keluar dari kereta yang dinaikinya.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Anis Farihah, kejadian tersebut berlaku ketika kenderaan yang dinaiki sedang membuat pusingan U di sebuah jalanraya.

@anisfarihah19 Parents please alert !! Nyawa anak tu 😭😭 #fyp #kotabharu #fypage ♬ original sound - AnisFarihah

Kejadian yang dikatakan berlaku di Kota Bharu itu disyaki berpunca daripada kecuaian pemandu yang tidak mengunci pintu di bahagian penumpang belakang sehingga mengakibatkan kanak-kanak terbabit tercampak keluar. Lebih teruk lagi apabila kanak-kanak tersebut kemudian dirempuh dua kenderaan lain yang gagal menekan brek.

Pada masa yang sama, beberapa penunggang motosikal yang menyedari kejadian itu telah datang membantu kanak-kanak tersebut. Memandangkan mangsa dilihat masih boleh berdiri dan berjalan ke arah penunggang motosikal yang membantunya, berkemungkinan mangsa hanya mengalami kecedaraan ringan.

Sumber: TikTok

Destination: