[VIDEO] "Bukan 1 Tapi 4 Biji Terus Dia Beli!" - Bertuah Eina Azman, Suami Surprise iPhone15

TERKINI
September 27, 2023 - 01:19 PM


Telefon bimbit iPhone 15 memberi tamparan luar biasa terutama kepada peminat tegar! Namun, lain pula kisah pelakon dan usahawan Datin Seri Paduka Eina Azman yang tidak mengejar trend terkini.

Namun, Eina sangat bertuah apabila suaminya, Datuk Kaiser Gurmeet Harden sudah membelikan gajet keluaran Apple itu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman tidak menyangka sama sekali akan menerima telefon model terbaharu tersebut.

Menurut Eina, 28 tahun dia tidak pernah meminta untuk menukar telefon baharu tetapi terpaksa menuruti kerenah suami.

"Masya-Allah sweetnya laki saya ini, saya tak pernah minta nak pakai iPhone terkini. Tapi suami saya ni memang, suka paksa saya tukar phone baru. Saya ini pakai iPhone 11 ke 12 pun saya okay sahaja."

Dalam pada itu, ibu kepada pasangan kembar mendedahkan suaminya telah membeli empat buah telefon bimbit.

Justeru, dia berniat untuk memberikan tiga unit secara percuma kepada pengikutnya.

"Eina fikir suami beli satu biji iPhone 15, rupa-rupanya suami Eina beli empat iPhone 15.

Sekarang ada lebih tiga lagi iPhone 15, Eina tak tahu nak buat apa dengan iPhone 15, kalau Eina nak bagi korang percuma ada tak yang nak?"

Sekadar info, siri iPhone 15 dilancarkan pada 12 September lalu dan tempahan awal telah dibuka pada 22 September untuk pasaran Malaysia.

VIDEO
 

@einaazman13 Eina ada lagi 3 Iphone 15😍😍😍 Ada ke yang nak??? 😄 #einaazman #fyp ♬ original sound - Eina Azman

Sumber: Oh Bulan

Destination: