[Video] Jom Tonton Trailer Filem POKÉMON Detective Pikachu! Suara Deadpool

TERKINI
November 14, 2018 - 02:00 PM


Mereka yang lahir tahun 90an mesti tak sabar-sabar menantikan filem POKÉMON Detective Pikachu. Macam tak percaya pun ada bila Pokemon boleh berada dalam dunia yang sebenar. Sering juga dahulu berangan jika Pokemon ini wujud di dunia kita. Apalah yang akan jadi kan?

Pada mereka yang excited tuboleh layan dulu Trailer Filem POKÉMON Detective Pikachu.

POKÉMON Detective Pikachu - Pikachu bersuarakan Deadpool?

Filem ini akan berkisarkan seorang remaja berusia 21 tahun Tim yang mahu mencari ayahnya, detektif Harry Goodman yang hilang secara misteri. Beliau bertemu Detective Pikachu dan hanya beliau sahaja yang boleh berkomunikasi dengan Detective Pikachu ini. Mereka berdua bersama-sama menerokai Ryme City untuk mencari klue kehilangan detektif Harry Goodman.

Filem ini akan berada di pawagam 19 Mei 2019!