[VIDEO] "Jual Telur Dadar Thai Sampai RM13" - Lepas Kena Kecam, Peniaga Tampil Jelas Kenapa Caj Harga Mahal

TERKINI
August 28, 2023 - 05:04 PM


Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang peniaga kedai makan yang menjual telur dadar jenis Thai dengan harga tidak masuk akal iaitu RM13.

Menerusi perkongsian sebuah video tular di TikTok, peniaga terbabit menjelaskan, telur dadar yang diberi nama  Omelette Thai with Prik Nam Pla menggunakan telur jenis gred A dan bahan-bahan tambahan lain.

Menurut peniaga itu, dia menetapkan harga tersebut selepas membuat tinjauan dan mengambil kira semua bahan yang telah digunakan.

Tambahnya lagi, sebelum ini dia pernah menjual hidangan yang sama dengan harga RM8 sahaja.

“Harga RM13 saya letak ni Insha-Allah saya pun dah survey harga dekat luar macam mana orang letak, macam mana orang buat, macam mana orang masak.

“Daripada mula-mula saya nak set harga dulu RM8 sekarang RM13 tak ada taugeh, tak ada Prik Nam Pla, tak ada bahan-bahan tambahan. Jadi kali ini Insya-Allah lebih berbaloi.

“Kalau kata saya nak letak udang, ayam, oyster lagi saya tak boleh nak bagi harga ni. Tak mampu, tapi Insha-Allah harga yang ni mampu milik,” katanya.

Perkongsian terbabit nyata menerima pelbagai respon pengguna TikTok yang rata-ratanya mengkritik harga yang diletakkan peniaga tersebut.

@daniasedek

Niase Thai Omellete with Prik Nam Pla & Taugeh mentah . Sedap gila2🥹🥹🥹

♬ original sound - Dania Sedek

Malah, pengguna TikTok merasakan harga yang dikenakan tidak berpatutan dengan bahan-bahan yang digunakan dalam hidangan tersebut.

“RM13 tu dah boleh full set dinner nasi pad kra pao + teh ais. Celah mana nya telur dadar RM13 murah? Orang Malaysia support pun janganlah membuta tuli,” selar netizen.

“Telur tu ambil dalam laut tu yang mahal sangat. Taugeh tu pun alahai ragu betul nak letak ye takut terlebih.. RM13 haha RM10 ringgit dah lah kak oi,” komen netizen.

“Bahan – bahan tak ada yang premium pun, semua tu just bahan basic saja. Kotlah letak udang ke tiram etc. dekat Thai buat gitu and layer telur pun tebal dan besar,” kongsi netizen.

Destination: