[VIDEO] "Kayak Overload!" - Datuk Vida Panik Hampir Lemas Masa Bercuti Di Sabah, Tapi Netizen Tetap Terhibur

TERKINI
July 31, 2023 - 04:43 PM


Baru-baru ini, usahawan terkenal, Datuk Seri Vida atau dikenali sebagai DSV telah berkongsi kejadian lucu yang berlaku saat mereka sedang bercuti di Sky Water Villas, Semporna, Sabah.

Menerusi perkongsian di TikTok, Vida seronok menaiki sampan yang didayung oleh seorang lelaki pada waktu malam. Tidak lama kemudian, mereka gagal menyeimbangkan badan sehingga sampan dimasuki air laut.

Meskipun awalnya dilihat gelak tawa, Vida mula panik apabila kayak mereka mula karam dan tenggelam dalam air laut.

Rata-rata warganet keliru sama ada Vida tengah bergelak atau menjerit. Namun, yang pasti Vida kelihatan cemas kerana kakinya tidak mampu menjejaki dasar laut.

Lucunya, lelaki yang mendayung kayak itu segera menyelamatkan diri terlebih dahulu.

Bagaimanapun, anak lelaki Vida iaitu Kacak telah datang menyelamatkan ibu tercinta.

@datoserividaofficial Macam nak hilang nyawa ye aduhaiii.. NAKKK NAIK JUGA.... TGK APA JADI😂 @dazhar1 #datosrivida #sabah #semporna #masukberandafyp #foryoupage #jalanjalantraveling #ohhsemtravel ♬ Backsound Lucu - Faid rafanda

Komen Netizen

Sumber: Oh Bulan

Destination: