[VIDEO] Lepas Dapat Sijil Halal & Buat Promosi Kaw-Kaw, Kedai Minuman Terkenal Dapat Pesanan Berlambak Sampai Rider Kena 'Sidai'!

TERKINI
October 10, 2023 - 02:55 PM


Baru-baru ini jenama teh premium terkenal, CHAGEE Malaysia yang telah menerima sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil meraikan kejayaan itu dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik dari brand mewah.

Antaranya -- Beg Dior Saddle Pouch, Pemegang Kad Gucci, Gincu YSL, Losyen L’Occitane, Beg Beli Belah dUCK, Teh Susu CHAGEE dan banyak lagi.

Disebabkan ramai pelanggan CHAGEE yang terpengaruh dan ingin mendapatkan hadiah menarik berkenaan dengan hanya membuka bahagian bawah cawan untuk mendedahkan hadiah istimewa yang dimenangi mereka -- ada pula kes yang kurang enak didengar daripada abang-abang rider mengenai pesanan yang diuruskan oleh CHAGEE.

Mungkin disebabkan tidak menyangka sambutan yang diterima adalah sangat luar biasa -- ramai rider meluahkan rasa kecewa apabila mereka ‘disidai’ selepas pekerja kedai minuman tersebut didakwa lambat menyiapkan pesanan.

Menerusi video perkongsian yang dirakam di Instagram Story @farhanhrls, sekumpulan rider dilihat memarahi petugas-petugas premis berkenaan.

Video itu juga menunjukkan petugas cuba untuk menenangkan keadaan dan meminta rider lain untuk bersabar.

@zariffhaiqal #chagee #problem ♬ Gwenchana - Skinny Fun

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna simpati dengan petugas kedai itu dan menyifatkan ia adalah di luar kawalan.

“Awak boleh marah pengurusan mereka tetapi bukan kepada petugas. Mereka cuba lakukan apa yang mereka boleh lakukan,” sambungnya.

“Pengurusan yang salah tetapi petugas pula disalahkan,” komen seorang lagi pengguna laman sosial.

Rata-rata pengguna yang masuk ke kedai itu turut menunggu sekurang-kurangnya tiga jam untuk mendapatkan minuman mereka.

“Kenapa tidak limitkan pesanan Grab? Kalau sudah banyak, tutuplah selama satu jam dulu. Kasihan petugas,” kata Hasyimah Kafiah.

Malah, ada juga pengguna yang memberi cadangan untuk memberi promosi sebegini hanya kepada pelanggan yang membuat pesan di dalam kedai.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Destination: