Video : Lihat Reaksi Bekas Pengadil EPL Ini Apabila Azan Berkumandang Sewaktu Perlawanan Bolasepak

January 25, 2018 - 06:09 PM


Nama Mark Clattenburg tidak perlu diperkenalkan lagi kepada para peminat bolasepak. Ini kerana beliau adalah pengadil terbaik di England dan sering dilantik untuk mengendalikan perlawanan penting pada peringkat UCL.

Sebelum tamat musim sudah, Clattenburg menyatakan hasrat untuk bersara namun melupakan semula hasrat beliau apabila dikaitkan dengan perpindahan gaji mewah ke China. Namun, beliau memilih untuk ke Arab Saudi kerana suasana bola sepak disana.

Terkini, nama beliau kembali menjadi sebutan kerana tindakan beliau di dalam satu perlawanan Liga Arab Saudi. Tindakan Clattenburg itu dipuji peminat bola sepak tempatan kerana cepat melihat isyarat pengadil ke-4 dan menghentikan perlawanan bagi membelikan laluan kepada Azan.

Mark Clattenburg tidak kekok dengan prosedur tersebut. Cuma pada akhir Azan, beliau agak keliru ingatkan Azan sudah pada baris terakhir. Namun Mark Clattenburg membiarkan pemain untuk menunggu masa yang sesuai bagi menyambung perlawanan.

Lebih menarik lagi, beliau tidak mengambil keputusan untuk menamatkan perlawanan walaupun sudah memasuki ke minit 94. Beliau tetap memberikan laluan kepada Azan.

Apa yang jelas beliau sangat faham tentang apa yang harus beliau lakukan dalam padang dan wajahnya tidak nampak kekok.

Lihat sedutan video perlawanan tersebut :