[VIDEO] "Macam Filem Aksi, Seriau!" - Orang Ramai Panik, Polis Berbalas Tembakan

TERKINI
August 07, 2023 - 02:43 PM


Satu ciapan dari @Zolazrai di platform Twitter menarik perhatian pengguna media sosial. Dia baru sahaja memuat naik satu video yang memaparkan situasi genting beberapa anggota polis yang sedang bertugas.

Berdasarkan ciapannya lagi, Zolazrai menyatakan video yang dimuatnaik merupakan rakaman dari kenalannya. Jika diperhatikan, video tersebut memaparkan situasi di mana beberapa anggota polis sedang bertugas di lapangan.  

Yang menjadi perbualan pengguna media sosial, video tersebut jelas menunjukkan beberapa anggota polis sedang berbalas tembakan dengan seorang suspek yang dipercayai memandu kereta jenama Wira berwarna kelabu. 

 

9 das tembakan dilepaskan polis ke tayar kereta suspek selepas mereka cuba melarikan diri hingga melanggar anggota URB .

Orang ramai yang ada maklumkan boleh hubungi IPD Sentul.

Destination: