[VIDEO] Orang Ramai Bengang, Lelaki Berani Samun Remaja Dalam Lif

TERKINI
October 18, 2023 - 11:44 AM


Semalam, viral satu klip video rakaman CCTV yang memaparkan satu insiden yang mengejutkan. Berdasarkan video, seorang remaja lekaki dipercayai disamun di dalam sebuah lif.

Rupa-rupanya, kejadian itu berlaku di Johor Bahru dan suspek telah pun ditahan polih di sebuah unit di pangsapuri sama, kira-kira 11 pagi semalam .

Katanya, penangkapan lelaki berusia 43 tahun itu dibuat selepas mangsa yang berusia 14 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pada Ahad lalu itu.

“Bertindak atas maklumat, ketua balai bersama anggota Unit Peronda Sektor (URS) Balai Polis Majidee membuat serbuan di sebuah unit pangsapuri di daerah ini, dan menangkap suspek lelaki berkenaan.

“Polis turut merampas telefon bimbit, sehelai seluar dan sepasang kasut.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai empat kes jenayah dan tiga kes dadah. Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif morfin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

 

Destination: