[VIDEO] "Rahsia Resit ATM Maybank" - Jangan Buang! Lelaki Ni Kongsi Tips Dapat Untung Dari Resit ATM

TERKINI
July 28, 2023 - 05:56 PM


Seorang perunding kewangan berjaya mencuri perhatian selepas membongkar rahsia di sebalik resit pengeluaran wang secara automatik (ATM).

Mungkin ramai yang tidak tahu, bahagian belakang resit  ATM daripada Maybank sebenarnya ada tertera maklumat penting bagi pemilik akaun bank.

Hal ini kerana, ramai yang memutuskan untuk membuang sahaja resit tersebut di dalam tong sampah tanpa memeriksanya terlebih dahulu.

Tular di media sosial, maklumat berkenaan boleh digunakan oleh pemilik akaun bank untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan.

Pada bahagian belakang resit berkenaan, sebenarnya tertera satu borang permohonan bagi pembelian saham Initial Public Offering (IPO).

Merupakan salah satu cabang pendapatan, IPO adalah saham terbitan awam yang boleh dibeli oleh orang ramai bagi keperluan pelaburan.

Secara ringkasnya, IPO ini merupakan tawaran permulaan saham sesebuah syarikat sebelum perniagaan tersebut disenaraikan di dalam Bursa Malaysia.

@irfarhanhusin Rahsia di ATM Maybank. #irfarhanhusin #financialplanning #bursamalaysia #pelaburanpatuhsyariah #cdsaccount #sahamipo #viral #fyp #tiktokmalaysia ♬ Horror atmosphere piano & SE. - Kohrogi

Penanaman modal melalui IPO tidak menjanjikan keuntungan yang stabil namun pelaburan ini mempunyai kadar risiko agak rendah berbanding sektor lain.

Menguntungkan, perkara itu disebarkan oleh perundang kewangan berkenaan menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya mendapat tontonan sebanyak 1.8 juta dan 54,800 tanda suka daripada pengguna TikTok.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: