[VIDEO] "Terliur Tengok Tengku Hassanal Makan!" - Ramai Mengidam Nak Naik Cameron Cari Apam Balik Nutella Strawberry Ni

TERKINI
October 05, 2023 - 05:50 PM


Cameron Highlands kini bukan lagi sekadar salah satu destinasi percutian yang popular di Malaysia.

Selain panorama ladang teh yang memukau mata memandang, lokasi peranginan ini juga digelar sebagai 'syurga makanan' dalam kalangan pelancong.

Terbaharu video Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantap apam balik Nutella strawberry di Cameron Highlands menjadi tular di media sosial.

"Junjung kasih Tengku Hassanal sudi mencemar duli dan beli apam balik Nutella strawberry kami. Junjung kasih Tuanku," kata peniaga berkenaan di laman TikTok.

Menerusi perkongsian berasingan, peniaga itu mendedahkan menu tersebut mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan selepas ia menjadi pilihan Tengku Hassanal.

"Penangan apam balik Nutella strawberry yang dibeli Tengku Hassanal, kini pelanggan kami minta 'apam balik macam Tengku Hassanal santap'. Daulat Tuanku.

"Kepada yang tertanya-tanya di mana lokasi kami, kami beroperasi di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands. Boleh waze InsyaAllah sampai," ujar peniaga itu lagi.

Gerai tersebut beroperasi dari pukul 12 tengah hari hingga 6 petang.

Selain apam balik Nutella strawberry, gerai berkenaan turut menawarkan apam balik klasik, apam balik Nutella pisang, keju dan Lotus Biscoff.

Di ruangan komen, ramai netizen termasuk pelanggan sedia ada turut memuji menu-menu yang ditawarkan gerai berkenaan.

"Aduh terus terliur. Kena pergi lagi la ni.

"Kena naik Cameron hujung minggu ni. Nak cari apam balik yang Tengku Hassanal makan.

"Terbaiklah, penangan Tengku Hassanal. Mudah-mudahan dapat rasa apam balik dari Cameron. Kita majukan perniagaan akak ni.

"Lepas ni kalau nak beli apam balik kena cakap nak apam balik Tengku Hassanal," tulis netizen.

@apambalikcameron8 Junjung kasih Tengku Hassanal (Pemangku Raja Pahang) sudi mencemar duli dan beli APAM BALIK NUTELLA STRAWBERRY kami. Junjung kasih Tuanku 🙏🏻 #tengkuhasanal #apambalikcameron #jelajahborneo #this7 #cameron #cameronfoodie #apambalikviral #petikstrawberrycameron #makancameron #bercuticameron #ookisscameron #jalancameron #makananviral #bercuticameron #ookisscameron #jalancameron #makananviral #kuihpukis #UbiCameron #nutellastrawberry #seo #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #rajapahang ♬ original sound - apambalikcameron8

Sumber: Mstar

 

 

Destination: