[VIDEO] "Terpaling Content Marketing!" - Usahawan Jamu Solat Sambil Tayang Duit Bikin Panas Netizen

TERKINI
October 05, 2023 - 12:09 PM


Ramai usahawan sekarang lebih suka menggunakan teknik pemasaran yang mengundang kecaman netizen.

Dek kerana kecaman itulah yang akan membuatkan orang ramai menyelidik apakah produk sebenar dijual.

Kini, tayang duit berkepuk sebagai satu trend untuk usahawan-usahawan produk terutamanya yang baru nak mengukuhkan perniagaan.

Seorang usahawan menerima kecaman selepas memuat naik video bersolat sambil menayang duit berkepuk di sebelah sejadah.

Pemilik akaun TikTok @paklongabh17 difahamkan menjual produk minyak bidara dan juga jamu.

@paklongabh17 #jamupaklongman #minyakbidarapaklongman #jamumaklong ♬ suara asli - Allginanjar

Netizen tampil mempersoalkan kandungan video tersebut yang dikatakan seolah-olah mempermainkan agama.

“Bukan ke kita tak boleh mempermainkan ibadah solat macam ini, Ustaz Don pernah tegur. Apa nak jadi, ibadah pun dibuat main,” kata seorang pengguna.

“Niat tak menghalalkan cara. Ada banyak la cara buat video untuk kongsi kejayaan kita, waktu solat biar fokus ibadahnya.

“Hal dunia yang lain asingkan, jangan campur takut dilihat mainkan agama Islam itu sendiri,” tegur pengguna lain.

Bagaimanapun usahawan tersebut memaklumkan bahawa wang tunai itu akan digunakan mengambil empat orang pekerja.

Ia adalah bagi tujuan membuat laman web dan iklan di media sosial untuk produk yang dijualnya.

Tak salah nak tunjuk duit dekat media sosial tapi perlu faham akan risiko sekiranya ada yang berniat tidak elok, mungkin boleh dirompak ketika sibuk buat ‘content’.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: