Viral Hantu Raya Berkeliaran Cari Tuan Baru Di Kampung Gajah Perak

TERKINI
January 16, 2019 - 11:40 AM


Viral Hantu Raya Berkeliaran Cari Tuan Baru Di Kampung Gajah Perak. Mula-mula bila baca tajuk kami ingatkan filem baru Mamat Khalid. Rupanya isu ni kecoh di media sosial yang dikatakan penduduk kampung gajah diganggu oleh lembaga mirp hantu raya. 

Tatkala malam tiba, mereka mula mengunci pintu rumah, tidak berani keluar malam malah ada yang tidur dalam keadaan serba ketakutan.

Ia disebabkan terdapat satu perkara ganjil di kampung mereka yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila pintu rumah diketuk tengah malam.

"Tuk... tukkk... tukkkk" bunyi pintu seolah-olah ada orang dalam kecemasan memerlukan bantuan mengetuk pintu rumah.

Malang sekali apabila tuan rumah membuka pintu, tidak menemui sesiapa.

Kejadian yang berlaku itu menyebabkan penduduk kecoh membicarakannya kerana ingin mengetahui siapakah nyang mengetuk pintu rumah mereka di malam hari?

Akhirnya, timbullah cerita dua ekor Hantu Raya tidak bertuan sedang mencari peneman selepas pemilik asal melepaskan mereka.

Lebih memeranjatkan apabila nama seorang penduduk kampung iaitu Pak Jago dikatakan menjadi punca kerana telah merelakan dirinya untuk membela salah satu daripada dua Hantu Raya tidak bertuan itu.

Bagaimanpun misteri ketukan pintu tanpa salam itu akhirnya terjawab apabila Ketua Kampung Sungai Galah, Yahaya Ahmad mengesahkan kejadian misteri itu didalangi seorang individu dipercayai seorang bomoh daripada kawasan lain yang sengaja menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk setempat.

Keadaan bertambah buruk apabila bomoh yang sama menuduh Pak Jago telah mengambil salah satu makhluk tersebut sehingga Pak Jago dibenci penduduk tempatan.

"Kononnya ada orang ketuk pintu itu tidak wujud pun... Semuanya rekaan individu (bomoh) itu bagi menakutkan penduduk kampung dan menimbulkan kekecohan.

Mesej yang tersebar menjadi tular di media sosial.

"Sampaikan Pak Jago yang tidak bersalah itu pun dituduh mengambil makhluk halus untuk dibela walhal dia tidak mengetahui apa-apa pun sehingga dipandang serong oleh masyarakat.

Walaubagaimanapun video yang turut tersebar dengan memperlihatkan seorang wanita meracau dipercayai dirasuk oleh seekor makhluk halus kononnya mencari tuan juga tidak benar.

Tapi nasi nak jadi bubur benda pun dah viral fitnah atau tidak jangan risau berita ni akan dilupakan dalam masa terdekat.