Vlog Victor Axelsen Di Malaysia Guna Lagu Ayda Jebat? Comel Betul!

TERKINI
January 23, 2019 - 03:47 PM


Pemain badminton Denmark, Viktor Axelsen kini menduduki ranking ke-6 dunia. Berusia 25 tahun, rupanya ada sisi ‘comel’ Viktor Axelsen yang ramai tak tahu.

Kalau korang ikut sukan badminton, penampilan Axelsen dalam gelanggang kebiasaannya serius. Tapi, baru-baru ini kami ada terjumpa Vlog yang dimuatnaik pada 12 Januari lepas tentang pengalamannya berlatih di Kuala Lumpur untuk menghadapi saingan Malaysia Masters.

Pertandingan tersebut telah berlangsung minggu lepas daripada 15 Januari hingga 20 Januari yang menyaksikan Axelsen tewas di tangan jaguh dari China, Chen Long 21-13 dan 21-18.

Berbalik kepada Vlog tadi, apa yang menarik perhatian kami adalah pemilihan lagu untuk mengiringi Vlognya. Dimuat naik di akaun Youtube ViktorAxelsen sendiri, selain menceritakan pengalaman dia di Malaysia Axelsen memilih untuk menggunakan lagu Ayda Jebat, iaitu Pencuri Hati.

Kena pulak lagu dengan Vlog dia; tak percaya, korang tengok sendiri…