Walmart Himpun 12 Kereta Ikonik Filem Hollywood Dalam Satu Iklan, Memang Stylo Habis!

TERKINI
January 08, 2019 - 02:37 PM


Baru je beberapa hari masuk 2019, iklan terbaik tahun 2019 dah boleh bagi dekat Walmart rasanya! Memang satu idea kreatif yang tak pernah dibuat sebelum ini apabila diorang ni mengumpulkan kereta ikonik dunia Hollywood untuk mempromosikan servis terbaru syarikat mereka.

Servis pengambilan percuma di mana-mana lokasi Walmart punyalah mudah, sampai semua ikon-ikon macam Batman, Ghostbuster dan Bumblebee pun datang nak ambilkan barangan tuan masing-masing.

Kalau korang minat siri atau filem Holywood, korang cuba tengok dan senaraikan berapa banyak kenderaan ikonik yang korang boleh kenal dalam iklan Walmart ni.