Waspada Ancaman ‘Jackpotting’! Mesin ATM Muntahkan Duit Ibarat Mesin Slot...

TERKINI
January 30, 2018 - 01:48 PM


Dua pengeluar mesin ATM dunia telah mengeluarkan amaran tentang penjenayah siber yang ingin melancarkan serangan terhadap mesin-mesin ATM di Amerika Syarikat.

Alat yang digunakan mereka ini akan membuatkan mesin ATM akan mengeluarkan duit seperti mesin slot.

Diebold Nixdorf Inc dan NCR Corp setakat ini tidak menyatakan atau mengenalpasti mangsa dan juga jumlah kerugian yang telah mereka alami, namun ancaman jackpotting ini semakin meningkat di serata dunia walaupun setakat ini tiada mangsa dan pihak polis yang mahu berikan butiran lengkap laporan.

Terbaru, laman web berita Krebs on Security telah melaporkan kejadian tersebut pada Sabtu lalu yang berlaku di Mexico.  Sejurus itu, pihak Nixdorf dan NCR Corp telah meminta kesemua pelanggan mereka berwaspada terhadap ancaman ini.

Walaupun menurut NCR bahawa tiada mesin mereka yang disasarkan namun kejadian sedemikian adalah berbahaya kepada industi ATM secara keseluruhan.

Demonstrasi bagaimana Jackpotting dilakukan... 

Organisasi penjenayah ini mampu mendapatkan akses fizikal, menggantikan cakera keras dan menggunakan endoskop industri untuk menekan butang dalaman yang diperlukan untuk menetapkan semula peranti.

Sementara itu, firma keselamatan siber Rusia,  IB Group telah melaporkan bahawa penjenayah siber ini telah  menyerang mesin ATM di lebih daripada 12 negara di seluruh Eropah pada tahun 2016. Serangan serupa juga dilaporkan pada tahun itu di Thailand dan Taiwan.

 

Sumber : The Star