Wow Ini Garis Panduan Berhibur Terbaru di Terengganu!



Baru-baru ini kerajaan negeri Terengganu telahpun mengeluarkan garis panduan terbaru untuk berhibur. Berkenaan dengan garis panduan ini rakyat mulai trigger kerana sesetangah orang merasakan ianya agak ketat. Namun, pihak kerajaan berkata bahawa ianya masih boleh di bawa berbincang bergantung kepada keadaan.

Jabatan Pelancongan Terengganu akan menguatkuasakan garis panduan baru untuk penganjuran persembahan pentas dan muzik sahaja. 

Dalam garis panduan terbaru itu 11 peraturan untuk dipatuhi oleh penganjur telah diedarkan kepada pihak media.

1. Antara lain, garis panduan baru itu menetapkan acara persembahan pentas hanya boleh melibatkan penyanyi dan penari lelaki sahaja manakala persembahan penyanyi atau penari wanita hanya dibenarkan untuk tontonan wanita sahaja di tempat tertutup.

2. Ia juga melarang percampuran terlampau di antara lelaki dan wanita di atas pentas ketika persembahan. Walau bagaimanapun persembahan kanak-kanak di antara lelaki dan perempuan di atas pentas adalah dibenarkan.

3. Penganjur juga disyaratkan supaya memastikan para penonton lelaki dan wanita yang bukan mahram tidak bercampur dengan bebas.

4. Persembahan muzik hanya dibenarkan selepas solat Isyak dan tidak boleh melepasi jam 12 tengah malam.

5. Muzik atau hiburan yang dipersembahkan pula tidak boleh diiringi dengan "instrumen bunyian yang melampau” sehingga boleh mempengaruhi penonton / pendengar mengikut “rentak”.

6. Persembahan pada waktu siang hari pula perlu tidak bertindih dengan waktu solat.

7. Penganjur juga dilarang membuat persembahan pentas pada hari Khamis malam Jumaat sehingga selepas solat Jumaat hari berikutnya.

8. Menjaga adab dan tingkahlaku serta menutup aurat / kemas ketika persembahan dijalankan. 

9. Penganjut perlu memastikan penonton lelaki dan wanita bukan muhrim tidak boleh bercampur antara satu sama lain. 

******

Boleh tahan juga peraturan baru ni. Apa pendapat anda tentang garis panduan ini?