Zulfadli, Chun Seang Dituduh Atur Perlawanan

February 27, 2018 - 09:43 AM


Dua pemain badminton negara, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang menghadapi enam pertuduhan mengatur perlawanan menurut pemerhati Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kedua-dua permain berkenaan dikatakan melakukan kesalahan berkenaan pada tahun 2013. Salah satu daripada perlawanan terbabit melibatkan Grand Prix Korea.

Ketika ditemui pemberita, Jadadish selaku pemerhati dan juga anggota majlis BAM memberitahu bahawa Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) mengetahui tentang aktiviti mengatur perlawanan melibatkan kedua-dua pemain dari BAM ini berikutan daripada laporan yang diterima.

 

Sumber : Bernama