‘Momo Challenge’ Berbahaya, Beri Kesan Buruk Pada Individu

TERKINI
August 07, 2018 - 12:33 PM


Seperti kebiasaan dan disebabkan dunia tanpa sempadan yang kita sekarang, pelbagai benda boleh diakses dengan cepat dan mudah. Dan macam biasa juga, kita di Malaysia secara tak langsung tak terlepas akan ‘budaya’ atau ‘trend’ yang tersebar di media sosial terutamanya.

Walaupun cabaran di internet atau ‘challenge’ ini datang dan pergi ikut peredaran semasa, namun ada sesetengahnya agak berbahaya. Tak dapat dinafikan juga, ada sesetengah yang kelakar dan ada juga yang memberikan impak positif.

Tapi, masalahnya kebanyakan di Malaysia ni mengikut tanpa tahu apa yang sebenarnya yang dibuat, untuk tujuan apa sesuatu challenge itu diadakan. Banyak yang lakukan hanya sekadar perkara tu tengah trending.

Kita ambil contoh, ‘Ice Bucket Challenge’ ramai yang tak sedar sebenarnya ia bukan hanya memandikan diri dengan air batu tetapi mesej asalnya adalah untuk menimbulkan kesedaran terhadap penyakit yang dinanamakan amyotrophic lateral sclerosis (ALS) ataupun penyakit yang menjejaskan neuron motor.

Baru-baru ini, viral pulak dengan #KekeChallenge; ada yang kelakar, ada yang best, ada jugak yang menimbulkan kontroversi.

Terbaru, satu laporan telah dikeluarkan sebagai amaran kepada semua ibu bapa seluruh dunia terhadap satu cabaran yang dikenali sebagai ‘Momo Challenge’. Difahamkan, cabaran tersebut mengalakkan kanak-kanak atau si pembuat cabaran untuk membunuih diri!

Para pengguna yang membuat cabaran tersebut akan berkomunikasi dengan individu tak dikenali yang dipanggil ‘Momo’. Momo kemudian akan menghantar beberapa imej yang menakutkan, mesej yang menakutkan malah menghantar ugutan sekiranya kemahuannya tak diturut.

Laporan yang diterima oleh pihak berkuasa juga mengatakan mesej yang diterima menggalakkan kelakuan yang ganas serta membuatkan pengguna membunuh diri. Dengar pun dah menyeramkan, macam plot cerita seram pulak.

Tom’s Guide turut melaporkan, pengguna perlu ‘add’ nombor misteri di WhatsApp untuk memulakan cabaran, kemudian beberapa siri gambar dan mesej akan diterima, kebiasaannya melibatkan gambar atau video yang melukakan diri sendiri atau melibatkan bunuh diri.

Seorang Youtuber cuba, dan 'Momo' mintak tikam kawan dia sendiri...

Setakat ini, satu kes telah dilaporkan oleh Buenos Aires Times dimana kematian seorang gadis berumur 12 tahun di Argentina adalah disebabkan bunuh diri dan merupakan mangsa pertama cabaran tersebut.

Kami meminta ibubapa perhatikan pergerakan anak-anak kerana dilaporkan perkara ini telah tersebar melalui Facebook, WhatsApp dan juga Youtube.

Nota : Sekiranya anda mengenali atau mengetahui sesiapa yang emosinya tak stabil dan cenderung untuk membunuh diri, sebenarnya anda boleh laporkan di Befriendes KL di 03-7956 81450.