10 Destinasi Percutian Pilihan Hujung Minggu Buat Warga Kota Kuala Lumpur

TRAVEL
August 28, 2017 - 09:35 AM


Sempena cuti bulan kemerdekaan ini sudah pasti ramai yang sudah mula merancang untuk bercuti bersama keluarga masing-masing terutama bagi mereka yang tidak pulang ke kampung. Bagi warga kota pula mungkin ada diantara mereka yang sudah pun memilih untuk menyambut kemerdekaan dan raya haji di destinasi percutian masing-masing.

Kami di Rileklah.com menyediakan 10 tempat pilihan buat mereka yang mungkin masih tercari-cari tempat untuk bercuti. 

Pilihan kami minggu ini hanya di sekitar lembah kelang dan sekitarnya. Percutian yang di panggil "weekend getaway" ini hanya mengambil masa sekitar 1 - 3 jam sahaja perjalanan, sesuai dengan masa cuti yang singkat.

Berikut merupakan 10 destinasi pilihan untuk bercuti sempena hari kemerdekaan nanti.

1. Mantin Forest Art Resort

Mantin Forest Art Resort terletak di Negeri Sembilan. Resort ini amat sesuai bagi percutian di waktu lapang. Persekitaran yang di litupi dengan hutan, bukit bukau dan juga sungai pastinya mampu membuat anda lupa dengan segala tekanan bekerja. Jadi inilah masanya untuk merehatkan minda bersama keluarga tersayang. Resort ini di dekorasi khas bercirikan Chinese tradisional dan barat. 

Di sini juga anda boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti kampung seperti bercucuk tanam, memetik sayur sayuran, lepak santai bersama keluarga dan kawan-kawan, hiking dan juga memancing.

Address: Lot 1813, Kampung Mantin Dalam, 71700 Mantin, Negeri Sembilan.

Tel:  013-361 6633.

Email: [email protected]

Website: http://www.mantinforestartresort.com.my

 

2. Terra's Tree House, Cameron Highlands

Bagi mereka yang sukakan hutan dan privasi anda boleh keluar ke Brincang. Terra's Tree House merupakan rumah yang berkonsepkan rumah di dalam hutan dan di atas pokok. Nampak macam menarik kan? Memang menarik. Perlu di letakkan di dalam bucket list anda. Barulah rasa fresh nanti bila balik KL setelah habis cuti. 

Address: Jalan Sungai Mansion, Brinchang, Pahang, Brinchang, Cameron Highlands, Malaysia

Website: Here.

 

3. Regalia Suite & Residence Homestay KL

Regalia Suite & Residence ini merupakan homestay mereka yang sukakan kota. Terletak di Jalan Pahang, tempat ini juga merupakan salah satu tempat yang paling popular buat masa sekarang untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Tak perlu pergi jauh hanya beberapa km sahaja dari kota Kuala Lumpur. Paling menjadi tumpuan adalah swimming pool yang menghadap menara KL dan juga KLCC. Tempat ini juga menajdi pilihan buat pelancong asing bersantai di sebabkan swimming pool di sini berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit di KL. 

Alamat: Regalia Suites & Residences No. 2, Jalan Anjung Putra,  Off Jalan Sultan Ismail 50480 Kuala Lumpur

Email : [email protected]

Tel: +60 3 2202 4240

Fax: +60 3 2202 4001

Facebook  :LivingSpaceMY

Website : https://www.livingspace.com.my/

 

4. Ratu Rening Residency

Ratu Rening Residency terletak di kawasan hutan rimba simpan yang indah berdekatan Banjaran Titiwangsa, kaki bukit Genting Highland. Lokasi premis ini dikelilingi oleh  aliran Sungai Hijau yang jernih datang dari sekeliling hujung sempadan premis.

Resort ini menawarkan dua jenis premis untuk didiami, Dusun Raja dan Sekebun Bunga. Dikelilingi oleh dusun, kediaman Dusun Raja yang indah dibina di sekeliling kolam dengan pokok2 buahan tropika yang banyak. Manakala Sekebun Bunga, diindahi dengan laman bunga, terletak di sepanjang aliran Sungai Hijau yang segar. Kedua2 jenis kediaman ini mempunyai keunikan dan fungsi istimewa yang tersendiri.

Ratu Rening Residency bukanlah sekadar resort atau villa, tetapi adalah tempat istirehat peribadi yang istimewa. Tempat penginapan yang direkabentuk secara kontemporari dilengkapi dengan kemudahan moden.

Secara keseluruhan, Ratu Rening Residency amat sesuai didiami dengan sahabat2 dan ahli keluarga terdekat.

Alamat: Kampung Hulu Rening, Batang Kali, 44300 Selangor.

Tel:  016-380 5999

 

5. The Hut@serkam Chalet

Untuk mereka yang sukakan percutian jenis "kampung style" boleh cuba The Hut @serkam Chalet. Terletak di Merlimau Melaka sudah semestinya membuatkan chalet ini tersenarai antara destinasi hujung minggu buat warga kota. Atap chalet yang dibuat daripada daun nipah menambahkan lagi gaya kampung di sini. Chalet ini mempunyai 5 unit bilik dah ruang makan yang berasingan. 

Setiap bilik di sini dilengkapi dengan penghawa dingin, tv, air panas, dobi dan dapur. Sangat sesuai bagi mereka yang ingin membuat private party ataupun masjlis kecil kecilan. Bagi mereka yang tinggal disini juga boleh membuat aktiviti seperti memancing dan teambuilding. Tarikan terdekat pula hanya 30 minit dari bandar Melaka dan terletak berhampiran dengan medah selera ikan bakar.

Alamat: KM18, Kampung Serkam Timor, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia

Tel: +60 12-320 2611

Email: [email protected]

Website: http://www.thehutmalaysia.com

 

6. Kanopi Villa

Yang nak buat gathering ramai-ramai dengan suasana tenang dan pemandangan menarik tempat ni memang sesuai. Kawasan seluas 8 ekar, terletak di hutan hujan tebal dan subur, di kaki bukit Genting Highlands, hanya 45 minit dari Kuala Lumpur, yang menjadikan pemandangan dan pengembaraan yang paling menakjubkan. Dan sekarang diorang tengah ada promosi. Kalau tak grab masa promosi ni memang rugi ler 

Promotion: Buy 2 Get 1 Free

2D1N Full Package: (ADULT / KIDS ) 
Including English Breakfast RM 150 / 120 

3D2N Full Package: (ADULT / KIDS) 
Including English Breakfast x2 RM 290 / 230 

(Offer expires: 30/8/2017, Booking Period: 10/8/2017 to 30/9/2017)

To qualify for the promotion please whatsapp the code "CKM".

Surcharge of RM35 per person/per day applies for Weekends/Public Holidays/School Holidays.
Price does not include activities and transport. 
Max capacity is 2-6 pax per tent, no sharing with other guests.

Whatsapp Tel: +6018-7865152 for family and group booking.

Plot 25929 Kg Janda Baik,
(Opp Balai Bomba)
Bentong, Pahang,
Malaysia 28750.

www.kanopivilla.com

 

7. Hotel On The Park Genting Highland

Hampir 5 tahun taman tema Genting Highland ditutup dan dibuat baru. Dalam tempoh tu jugak, Theme Park Hotel diberi nafas baru dan jenama baru yang kini dikenali sebagai Hotel On The Park. Hotel ni adalah yang pertama dibina di bawah Resort World Genting. Kalau nak tahu, penjenamaan semula hotel ini tidak melibatkan struktur hotel malah bilangan bilik masih dikekalkan sebanyak 448 bilik dengan menggunakan ruang yang sama. Cuma konsep sahaja yang menjadikan Hotel On The Park totally baru dan berbeza

Web: www.rwgenting.com

 

8. The Waterway Villa, Bukit Tinggi, Pahang

Sekali pandang memang nampak misteri. Seperti berada di alam bunian. Tetapi itulah keunikan yang akan anda rasai jika datang ke The Waterway Villa ini. Terletak di celah-celah hutan kanopi membuatkan Villa ini begitu menarik sekali. Hanya mengambil masa lebih kurang satu jam dari KL tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang cintakan keindahan semulajadi. 

Address: Bt 7, Jalan Kuala Lumpur Lama, Bukit Tinggi, 28750 Bentong Pahang.

Tel: +603 3343 3888

Website: thewaterwayvilla.com

 

9. Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

Bayou Lagoon sangat sesuai untuk percutian keluarga. Terletak di Bukit Katil, Melaka Boyou Lagoon hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari Kuala Lumpur. Untuk mereka yang sukakan aktiviti air tempat ini sangat sesuai. Bukan sahaja mempunyai theme park yang besar malah Bayou Lagoon juga ada menyediakan tempat tinggal yang selesa dengan harga yang berpatutan. Namun harus di ingatkan bagi mereka yang berminat untuk kesini seeloknya membuat booking terlebih dahulu bagi mengelakkan fully book. 

Alamat: Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka

Email: [email protected]

Tel: +06-233 0888+6013-286 8750

Fax: +06-253 3876

Website: http://www.bayoulagoon.com.my/

 

10. Chengal Retreat Janda Baik, Pahang

Terletak jauh di hutan yang menghijau, Chengal Retreat juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Berkonsepkan taman dan dikelilingi oleh pelbagai jenis tumbuhan pastinya udara yang harum akan mula menyapa anda sepanjang berada di sini. Berhampiran dengan tempat ini juga ada air terjun. 

Dengan hanya 50km sahaja jarak dari kesibukan kota Kuala Lumpur, pastinya tempat ini amat sesuai dijadikan sebagai destinasi hujung minggu. Rilekkan minda, badan dan jiwa anda sambil menikmati udara segar di tempat yang terletak 900meter dari paras laut ini. 

Alamat: Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, Pahang, Pahang, Malaysia

Tel: 017-201 5118

Email: [email protected]

Website: http://www.chengalretreat.com